Sunday, August 9

Green Tea? Apa kebaikkannya...

Kebaikan Istimewa Green Tea


  • Mengurangkan tekanan darah tinggi. Green Tea rencat angiotensin II yang boleh meningkatkan tekanan darah.
  • Mengurangkan aras gula darah. GreenTea Polyphenols dan polysaccharides dalam Green Tea dengan berkesan menurunkan aras gula dalam darah.
  • Melawan Barah. Banyak kajian saintifik telah menunjukkan yang catechins Green Tea berkesan menghalang barah.
  • Menguatkan system imun. Kerana ia mengandungi polyphenols dan flavenoids pada kepekatan yang tinggi.
  • Menurunkan Aras Kolestrol. Antioksidan dalam Green Tea telah dibuktikan menurunkan Kolestrol.
  • Galak Pembakaran Lemak

Green tea bukan sahaja galak kehilangan lemak tetapi khususnya kehilangan lemak di vescera iaitu lemak yang terkumpul di tisu yang menyelaputi kaviti obdomen dan usus (Viscera) dan organ dalaman.

Tidak seperti lemak deposit di punggung dan paha (yang menghasilkan bentuk badan buah ‘pear’), lemak viscera (menghasilkan bentuk badan buah ‘epal’) dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolic dan diabetis jenis 2. Terdapat 3 komponen utama dalam Green tea yang menggalakkan kehilangan lemak iaitu catechins, caffeine dan theanine. Green Tea menggalak kehilangan lemak dengan cara merencat gastric dan pancreatic lipace.

Sehingga hari ini, kesan samping yang dilaporkan berlaku ialah sukar tidur kerana terdapat caffeine dalam Green Tea. Namun begitu kandungan caffeine dalam Green Tea amat sedikit berbanding kopi.

No comments:

Post a Comment