Saturday, October 17

MAKAN & KEKAL LANGSING

Berdiet biarlah dengan cara yang betul. Jangan abaikan pengambilan pemakanan anda dalam usaha untuk langsing dan menurunkan berat badan. Ikuti cara-cara yang sihat untuk mengekalkan berat badan yang ideal di samping menjaga kesihatan dengan betul. Ikuti lagi beberapa lagi panduan untuk anda agar dapat menikmati makanan anda dengan betul walaupun anda masih dalam usaha berdiet.
  • AMBIL SNEK JAM 3PETANG SETIAP HARI
Kekosongan waktu di antara waktu makan tengahari dan makan malam sebenarnya perlu diisi dengan pengambilan snek yg betul. Maksud snek di sini bukanlah makanan ringan yang tidak berzat. Snek ini boleh juga mengandungi snek sihat yg membantu tubuh membakar tenaga dengan betul, tetapi pengambilan snek yg teratur juga dapat mengelakkan anda daripada menjadi terlalu lapar.

Keadaan ini seterusnya dapat membantu anda makan dalam kuantiti yang banyak di malam hari. Sebaliknya,anda di nasihatkan agar mengelakkan makanan seperti gula-gula dan coklat. Makanan seperti yogurt, epal , biskut, keju ataupun telur separuh masak amat digalakkan kerana ia dapat membekalkan tenaga berpanjangan pada tubuh badan.
  • MAKAN KULIT/BUAH SAYUR
Sering kali kita kupas kulit buah atau sayur2an seperti epal,pir,timun, kentang dan sebagainya. Antara sedar atau tidak, tindakan anda sebenarnya sudah membuang segala khasiat dan serat yang baik untuk tubuh anda. Tahukah anda bahawa khasiat buah dan sayur ini kebanyakkannya terkandung pada kulit berbanding dengan isinya? Jadi, mulakan rutin ini mulai hari ini. Untuk buah oren pula, jangan buang urat-urat putih sebaik sahaja anda mengupas kulitnya. Ini kerana urat2 putih inilah terletak kebaikkan serat yang diperlukan dan ia juga kaya dengan flavanoid.
  • AMBIL LEBIH BANYAK BUAH WARNA MERAH
Ingat lagi dengan khasiat lycopene? Khasiat ni banyak terdapat di dalam buah-buahan atau sayuran yang berwarna merah. Ia amat berguna dan membantu melawan sel kanser. Itulah sebabnya mengapa makanan yang berwarna merah itu lebih baik. Anda boleh pilih buah-buahan seperti tembikai, jambu batu, epal dan sebagainya.
  • BUANG LEMAK DARI DAGING

Mudah saja untuk anda membuangnya. Sebaik saja anda siap memanggang daging, letakkan daging di dalam penapis dan bilas dengan air panas (bukannya air mendidih). Air ini akan menyingkirkan lebihan lemak dan kolestrol. Bahkan ia juga membuang 50 peratus kandungan lemak dalam daging.

  • BROKOLI MENYIHATKAN
Setiap kali anda makan brokoli , cuba letakkan sedikit majerin, minyak zaitun dan sos keju di dalamnya. Inilah sebenarnya makanan yg sering disarankan oleh pakar pemakanan. Brokoli yg kaya dengan sumber beta karoten sebenarnya juga membantu melarutkan lemak. Ia akan membawa molekul lemak melalui dinding intestinal.

  • AMBIL PENCUCI MULUT
Pencuci mulut seperti biskut dan juga aiskrim rendah lemak memberikan signal pada otak anda bahawa makanan utama anda sudah habis. Jadi secara otomatik anda sudah berasa puas makan dengan hidangan sebelumnya. Kesannya, anda tidak akan tercari-cari lagi makanan di dalam dapur sepanjang mlm untuk memenuhi keperluan gula di dalam badan anda.

  • SEMANGKUK BIJIRIN KERING SEBELUM TIDUR

Mengambil snek berkaborhidrat lemak dan sedikit kalori 30minit sebelum tidur akan membantu anda lebih mudah mengantuk. Begitulah menurut Judith Wurtman. Ini kerana bijirin merupakan sumber terbaik untuk memenuhi keperluan serat anda.

info dari : Mingguan Wanita

No comments:

Post a Comment