"....perjalanan ini semakin sukar ku lalui...aku berserah pada Mu Ya Allah...kau kuatkan semangat ku untuk ku lalui semua ini..aku hanya insan biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan...namun ku sandarkan kesilapan lalu sebagai cermin untuk ku lalui liku² hidup ini...."
Monday, January 25
Friday, January 22
Tuesday, January 19
Monday, January 18
cebisan memory with SIC
buat WARGA SIC (SAGAISWARACLUB)
Setelah sekian lama, inilah waktunya,
Diumumkan TT secara OFFICIAL SIC (SagaIswaraClub) CENTRAL
telah diputuskan akan diadakan seperti berikut :
TARIKH : 30 JANUARI 2010
HARI : SABTU
LOKASI : RESTORAN NALY'S, UKAY PERDANA
WAKTU : 12.00Tghari-6.00ptg (sampai mlm pon xpew hehe )
Aktiviti2:
* MENGERATKAN SILATURAHIM ANTARA AHLI SIC 1 MALAYSIA
* MKN&MNUM
* SESI KARAOKE
* LUCKY DRAW
* THE BIGGEST LOSER SIC
* CARIAN KEHADIRAN AHLI KAWASAN TERAMAI (kecuali KL&Dsara Empire)
* SESI DIY (bersama Abg Jenal & Shah n saga)
* SESI "SMALL AUTOSHOW"
* CAR BOOT SALE ( Dari runner2 tegar )
* SESI PHOTOGRAPHY KENANGAN
haruskah?
muka sy cam alien bila tanpa kaca mata.
Sunday, January 17
ahad..
aha...ini la menu aku ari ni..cuma x masukkan 1 glass green tea..4 liter plain water.. segelas susu anlene waktu mlm cicah biskut Oat..balik dari gym rs lapar plak..maybe metabolisme tgh meningkat.. so aku mkn la salad ala2 pemalas nie..ekeke..pastu buh thousand island mayolite.. pastu bun read bean 1..
sekilas pandang...
* nugget tu bukan aku mkn sorang tau.. nugget n bubur tuk lunch n bfast coz x sempat bekpas td ..bangun2 dah gi bilas baju..
* dr kul 1230 ke petang..aku juz amik plain water dan segelas japanese osk green tea..
* kul 630 gi gym..sempat dinner ngan semangkuk bubur ayam...
work out about 1 hour...cycling..trackmill...hip abduction..sit up..stepper
balik rs cam lapar plak..buat susu anlene + sket milo pastu cicah ngan biskut oat IKO..
mak suh beli roti kat kedai dpn umh..so aku pun beli la sekali bun red bean..mkn 1...adik aku curik 1...ade lg 2...simpan sok tuk bfast kat opis..ahakz..
sambil2 surf tenet...ngap kacang shadong 2 3 kali suap...alhamdulilah...
ari ni aku sangat bosan..sengal je rs...ade ms ni..leh la aku ber blog....carik2 lubang nak pasarkan SIY....udah kul 11.46 mlm...mau layan FB mcm dah katam walaupun baru LEVEL 37...mls plak nak main dah..eekkeke..
ape nak wat erk..huhhuhuhu!~
sabtu ...
Menu Diet : 15 Jan 10 (Jumaat)
bfast
SIY lepas setengah jam
Lunch
- roti krim cicah susu fernleaf + milo
2 liter air suam sehingga kul 1 ptg
Tea-time
- 2 kpng biskut oat IKO
1 liter plain water
Dinner
- sblum gi gym td sempat mkn sket saki baki rojak yg mak aku tinggalkan ..ekeke..
SIY sblum tido...
suku liter air..
Thursday, January 14
Menu Diet : 13 Jan 10 ( Rabu)
Wednesday, January 13
Baik Buruk Diet Sesuka Hati
Diet epal dan detoks.
Makan hanya epal manis (selalunya epal merah) selama 7 hari berturut-turut. Setiap kali makan dua hingga tiga biji dan dalam sehari menjadi sampai lima hingga enam biji. Selain epal, hanya minum air dan mengambil suplemen untuk detoksifikasi. Tujuannya untuk menjadikan tubuh lebih segar dan pencernaan lebih lancar. Seminggu boleh turun sehingga 2 kilogram(kg).
Fakta: Buah-buahan hanya mengandungi vitamin dan karbohidrat. Tidak ada protein dan lemak seperti yang diperlukan oleh tubuh badan untuk menjalankan fungsinya setiap hari.
Komen Pakar : Menurut pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penurunan berat badan yang sihat adalah 1 hingga 1.5 kg/minggu dengan pengurangan makanan sebanyak 500 kalori/hari. Dalam setiap penurunan berat badan, sebaik-baiknya kurangkan jumlah lemak di dalam badan. Pengambilan buah-buahan untuk menurunkan berat badan bukan hanya menyebabkan jumlah lemak di dalam tubuh menurun, tetapi juga kandungan protein otot dan jumlah cairan di dalam tubuh berkurang. Kehilangan air yang terlalu banyak dapat membahayakan ginjal. Bila berat badan kembali naik, kemungkinan lemak semakin meningkat. Sebenarnya tubuh kita mampu mendetoksifikasikan bahan-bahan beracun dan yang tidak diperlukan tubuh secara semulajadi. Proses detoksifikasi berlaku di hati. Jadi, pengambilan suplemen untuk detoksifikasi bukanlah satu keperluan.
Diet elak nasi.
Langsung tidak menyentuh nasi dan hanya sesekali makan roti atau mi, selebihnya makan sayur dan buah-buahan. Malah, makanan bergoreng, terus dielakkan. Minuman seperti kopi dan gula juga tiada di dalam menu seharian. Makan selepas jam 7 malam? Tidak sesekali!
Fakta: Makanan seperti nasi, roti dan mi semuanya mengandungi karbohidrat. Nasi yang berasal daripada beras merah sebenarnya lebih menyihatkan kerana ia bukan sahaja mengandungi karbohidrat tetapi juga kaya dengan protein dan serat.
Komen Pakar : Beras merah, kentang (dengan kulitnya), roti dari biji-bijian dan bijirin amat disarankan sebagai pengganti sumber karbohidrat. Karbohidrat yang mengandungi banyak serat dapat digunakan untuk mengendalikan kadar gula rendah, kadar lemak darah, dan juga berat badan. Jangan terus ‘bermusuh’ dengan nasi. Cara terbaik, kurangkan saja kuantitinya. Ikut pola pemakanan sihat mengikut piramid makanan Asia bermula seperti hasil beras, tepung dan bijiran, diikuti dengan sayur dan buah-buahan. Seterusnya protein haiwan dan tumbuhan seperti susu rendah lemak, daging tanpa lemak dan kekacang dan akhir sekali makanan yang paling sedikit diambil seperti lemak atau minyak dan gula.
Makan tiga sudu.
Berat badan mudah naik bagi sesetengah orang, jadi diet seperti ini sering diamalkan. Sayur-sayuran menjadi sahabat baik. Lauk kegemaraan seperti ikan atau dada ayam tanpa kulit. Biasanya, makan secara perlahan-lahan agar mudah rasa kenyang. Juga banyak minum air putih.
Fakta: Makan dengan perlahan memberi peluang kepada otak untuk mengirimkan signal sudah kenyang. Cara begini membantu menggelakkan anda daripada makan berlebihan.
Komen Pakar: Pola pemakanan yang sihat, lengkap dengan air, karbohidrat, protein, lemak dan serat. Namun, masih kurang pengambilan protein tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan sehingga kekurangan keperluan vitamin dan mineral. Cuba variasikan sumber protein dengan menambah pengambilan makanan seperti kekacang. Nutrien makanan harus seimbang kerana tubuh amat memerlukannya. Apatah lagi protein tumbuhan yang kaya dengan isoplavon sebagai antioksidan, fitestrogen sebagai sumber estrogen dari tumbuhan yang digunakan untuk meningkatkan kadar estrogen dalam tubuh dan fitesterol. Perhatikan juga cara memasak. Kurangkan menggoreng makanan. Makan tiga sudu sudah cukup kerana pengambilan sayur-sayuran sudah cukup banyak. Tambahan, sayur dan buah juga mengandungi karbohidrat yang tinggi serat.
Kelolaan: Khairun Nisa Ishak, Sumber : Majalah Mingguan wanita, Bil: 1286, 11-17 Julai 2008
Menu Diet : 12 Jan 2010 (Selasa)
Tuesday, January 12
Menu diet : 11 Jan 10 (Isnin)
bfast-
SIY lepas setengah jam
1 liter air suam sehingga kul 1 ptg
Lunch
Tea-time
1 1/2 liter plain water
Dinner
sejam sebelum tido minum susu anlene tuk tulang..ekeke
SIY sblum tido...
suku liter air..
smlm tido awal kul 12..awal ke.. ;D letey sgt
Wednesday, January 6
sakit....
kenapa aku tido lmbt smlm? semalam siapkan projek baru dapat smlm..dah la tu..nak ari ni before kul 5ptg....last2 adik aku charge RM0.50 satu...nasib la paper bag ni besar itupun smlm ada lg seratus lebey x siap lg..sempat kot adik aku siapkan ari nie coz die EL today..ahahaha.. org tu nak 1000 paper bag but adik aku amik 700 & lagi 300 die bg kawan die buat.. semalam balik2 je dari keje aku tgk semua dah ade (mak,ayoi,kak ina n yaya )
ciannn Yaya smlm :( ms tu aku baru je park moto pastu Yaya muncul kat muka pintu sambil panggil alang...alang alik..comell je tgk die...aku tgh basah lencun gak la ms even pakai baju ujan..tetiba aku dgr sora org nangis..tp x kuat but makin kuat..aku tgk eh.. mn yaya..sbb hall depan umh aku tu ada palang2 kan..then aku gi kat gate..Ya ALLAH ..Yaya jatuh tergelincir.. sedey tgk die nanges camtu... cian die tergelincir sbb nak kejar aku... :~( sakit aku rs sbb cara die nanges tu mmg die nanges sakit sbb kadang2 Yaya ni pandai berlakon gak..suka nanes main2.. nasib die ni senang pujuk.. buat2 la aku pok pok lantai tu..biasaaaaa lantai ni wat yaya ye!! dengan gaya2 aku wat sbb nak pujuk die....die nanges la.cian die ..benjol gak pala die aku pegang...dah pasni tak mo lari2 lagi ye ...ayang die..pastu aku umpan ulat ngan die..ehehe die suka ngan ulat bila aku wat guna jari mcm ulat gongok jln tu..ehehe..comel je kalo die pun wat sekali....
yayayayayaya....comel je bila die sebut ohhhh k... 8->
Tuesday, January 5
bisnes part time..
hah..amik...sekali aku update byk giler..giler kosa tul..ehehe.. skrg ni aku buat keje part time tulun adik aku buat keje part time kat umh gak..ahaha...kire duit luar la.. buat paper bag..note pad ke...kad kawen ke.. file ke..mcm2 la.. dapat la tambah sket2 duit.. dulu aku pandang sebelah mata je ekeke..sbb aku rs keje tu leceh.. then bile 1 family dah mengadap..aku pun juin skali.. jeles tgk dorang dapat duit..ahahahaa.... xder la..... time ni la kite nak tgk fmly kite bermesra..ehehe.....
Monday, January 4
sekitar majlis Intan & Mamat
terima kasih ye Intan coz sudi tumpangkan jazz kat EL.. cian Intan kene drive dari KL sampai penang pastu gi Kedah..pastu gi Penang balik.. pastu drive plak balik KL..terima kasih sgt2...(*_*)
semoga kawan baik bahagia selamanya bersama encik mamatos.. EL happy tgk dia dah bahagia sekarang dengan kehidupan dia walaupun EL dah lama tak berborak ngan dia.. but dari jauh EL sentiasa mendoakan kebahagiaan dia...