alhamdulillah..
aku dan family selamat sampai di KL pukul 350petang td..walaupun cuaca agak panas sepanjang perjalanan pulang tapi percutian kali ini memang best..
hari Sabtu kami ke melaka..menghadiri perkahwinan kawan abang ku (Ah Lai polis)..alang-alang menyeluk perkasam..kami plan bermalam di Port Dickson..kak ina dah booking apartment yang company dia provide untuk staff..so kami bermalam di Tanjung Biru Condominium selama semalam.
Abang pertama ku tidak dapat turut serta kerna mak mertuanya sakit. So abang aku pun ajaklah si Fendy & family(kawannya) yang turut sama pergi kenduri Ah Lai.. memang cantik apartment ni..kira berbaloi la..semua kemudahan complete..
dalam setengah jam lepas tu..kami bersiap ke kolam renang..masa tu dah pukul 5 lebih.. dah lama tak menguji bakat terpendam..ahahhaa.. sukanya anak buah ku (cirah) bermain air.. lepas tu sempat juga kami ke pantai menyaksikan matahari terbenam... hampeh punya memori kad kat hp N70 aku..snap pic..tapi memori kad problem plak.. hilang semua pic... [cedeyyy ooo]
mlm tu kami makan steamboat dan juga ada bekalan nasi dan lauk sambal udang yang mak aku bawa dari umah..berselera kami makan..mana taknya baru lepas berendam..for sure lapar.. hehe..
tapi yang pastinya 2 hari ini aku makan carca merba...aduh...hope berat tu taklah naik mendadak...uwaaaaa! takpa..isnin start work-out balik & diet..
hari isnin ni aku nak bayar yuran keahlian gym untuk bulan ni... yahoo!
jum enjoy my holiday at Tanjung Biru,Port Dickson...
adiOs!
No comments:
Post a Comment