Showing posts with label Info Diet. Show all posts
Showing posts with label Info Diet. Show all posts

Wednesday, September 3

Thursday, August 22

Track n Trace : 16Aug13


                         SMS 15/08/13                                                             SMS 21/08/13

EM422775763MY - Zuraini Poskod 52200
1 box

Wednesday, August 21

chitchat with siy customer..


Lama rasanya x update..bz sket..tracking no pun xupdate..

Ni el baru smpat nak share borak2 santai ttg siy dgn customer tempoh hari...dah sstop sbb pregnant.. ade lagi 2kotak katanya...tup2 pregnant..alhamdulillah dah selamat melahirkan dah ..6bulan dah baby maknanya customer el tahun lepas..just sharing.... 

Thursday, November 8

STOCK REPLACEMENT - 18 BOXES

Hye

My stock just replace yesterday..

13 boxes to go...

4 boxes already courier yesterday

1 box (Beatrice from Sarawak ) will courier by today or tmrow.. ;)

Wednesday, February 17

Program Diet Utk KURUS

Musim perayaan tempoh hari, mesti ramai yang makan sepuas-puasnya. Maklumlah, ketika ini banyak hidangan lazat yang sukar dilepaskan begitu sahaja. Setahun sekalilah katakan. Berat badan dah semakin naik? Mungkin ini masanya untuk anda berdiet.

Sebenarnya, bukanlah susah sangat nak turunkan berat badan, yang penting anda tahu cara yang betul dan berdisiplin. Kalau mewah dengan duit, mungkin anda boleh kunjungi pusat pelangsingan badan yang ada. Tapi ingat, dengan menjalani rawatan pelangsingan di pusat tersebut, anda juga perlu mengikut jadual pemakanan yang diberikan. Sesetengah pusat pelangsingan tidak membenarkan anda mengambil makanan berkarbohidrat untuk tempoh tertentu.

Oleh itu, lebih baik anda berdiet dengan sendiri. Selain itu, amalkan juga senaman yang sesuai. Lebih sihat, selamat dan murah. Info berikut boleh membantu anda memilih kaedah diet yang dirasakan sesuai dengan diri sendiri:-

The Zone Diet
Diet ini menyarankan makanan yang tinggi protein. Tujuannya, semakin tinggi protein, maka rasa lapar akan semakin ditekan dan akhirnya berat badan boleh berkurangan. Bagaimanapun, diet ini masih membenarkan pengambilan karbohidrat tinggi. Pengambilan makanan yang disarankan ialah 40 peratus protein, 30 peratus lemak dan 30 peratus karbohidrat. Kalori yang rendah pada diet ini akan membuatkan berat badan menurun, walaupun anda masih mengambil makanan yang berlemak. ‘The Zone Diet’ juga menyarankan pengambilan karbohidrat sihat seperti buah-buahan dan sayuran.

South Beach Diet
South Beach Diet terbahagi kepada tiga tahap iaitu penurunan berat badan secara tepat, penurunan berat badan lanjutan dan pengekalan berat badan. Tahap pertama adalah masa untuk membataskan pengambilan karbohidrat. Namun, tidak semua karbohidrat perlu dihindari, hanya karbohidrat yang ‘buruk’ seperti kentang dan roti. Pada tahap ini mereka yang berdiet perlu makan tiga kali sehari serta mengambil snek di antara waktu makan. Saiz hidangan perlu dikurangkan. Lakukan diet tahap pertama ini bagi tempoh minimum dua minggu hingga sebulan. Setelah dua minggu menjalani tahap pertama berat badan akan turun di antara , 5 hingga 6 kilogram.

Tahap kedua diet ini ia mensasarkan penurunan berat badan secara perlahan-lahan iaitu di antara 0.5 kh hingga 1 kg seminggu. Pada tahap ini anda boleh mengambil karbohidrat kembali tetapi mestilah yang ‘baik’ seperti bijirin dan kekacang. Beberapa jenis makanan seperti roti, kentang, dan lobak merah, tembikai, mangga dan pisang masih perlu dihindari.

Setelah menyelesaikan tahap pertama dan kedua, tahap selanjutnya adalah mengekalkan berat badan. Tahap ini bertujuan untuk menjaga berat badan supaya tidak naik atau turun lagi. Pada masa ini, anda lebih bebas memilih makanan yang ingin diambil. Sebaik mungkin, hindari snek yang memudaratkan kesihatan. Sebaiknya pilihlah kekacang sebagai sumber lemak dan protein. Beberapa jenis beras merah dan perang adalah pilihan yang tepat.

Hay Diet
Hay Diet merupakan diet berasaskan kombinasi makanan yang diformulasikan oleh Dr. William Hay. Diet ini membahagikan makanan kepada beberapa kumpulan yang hanya boleh diambil pada satu-satu masa seperti protein, karbohidrat dan makanan semulajadi seperti sayuran dan buah-buahan. Komponen pemakanan dari bahan semulajadi ini boleh diambil bersama-sama komponen makanan utama tadi. Buah-buahan merupakan makanan terbaik untuk diambil bersama bijirin untuk sarapan pagi.

Makanan tinggi protein disarankan diambil ketika makan tengahari kerana protein mengambil masa yang lama untuk dihadam berbanding karbohidrat. Makanan berkanji seperti nasi dan ubi kentang tidak boleh diambil bersama makanan yang mengandungi protein dan pelbagai vitamin yang terdapat di dalam buah-buahan. Salad, sayuran dan buah-buahan seharusnya dijadikan menu utama ketika anda berdiet. Protein, karbohidrat dan lemak hendaklah diambil dalam kuantiti yang kecil. Selain itu, anda dilarang sama sekali makan makanan segera, makanan yang diproses (dalam tin) dan makanan yang berasaskan tepung kanji.

Diet rendah kalori
Diet jenis ini mengkehendaki anda makan secara teratur. Selain itu, anda juga perlu menghindari beberapa makanan yang lain seperti coklat, kek, ais krim, gula-gula, makanan bergoreng, kekacang, minuman ringan dan beralkohol serta jeruk.

Makanan yang berasaskan karbohidrat seperti nasi, lontong, mihun, biskuit dan pasta juga tidak boleh diambil secara berlebihan. Sebaiknya banyakkan pengambilan sayuran dan buah-buahan dalam diet harian. Buah-buahan dan sayuran yang rendah kalori dan mengandungi banyak serat boleh mengenyangkan perut dengan cepat.

Selain daripada mengatur pola pemakanan, menerusi diet ini juga anda harus melakukan senaman secara rutin. Misalnya, berjalan kaki atau berbasikal sebanyak 3 - 4 kali seminggu.

Info : gua.com.my

Wednesday, January 13

Baik Buruk Diet Sesuka Hati


Tanya mana-mana wanita, semuanya pasti mengatakan tubuh yang langsing menambah daya tarikah pada diri mereka. Jesteru, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat kelihatan cantik dan langsing termasuklah mengamalkan diet. Ada yang mementingkan kesihatan diri selain daripada mahu dilihat langsing, tetapi membuat program diet sendiri mengikut kesukaan. Apa yang penting berat badan turun dan tubuh kekal langsing. Ikuti buruk baik diet sesuka hati begini.

Diet epal dan detoks.
Makan hanya epal manis (selalunya epal merah) selama 7 hari berturut-turut. Setiap kali makan dua hingga tiga biji dan dalam sehari menjadi sampai lima hingga enam biji. Selain epal, hanya minum air dan mengambil suplemen untuk detoksifikasi. Tujuannya untuk menjadikan tubuh lebih segar dan pencernaan lebih lancar. Seminggu boleh turun sehingga 2 kilogram(kg).

Fakta: Buah-buahan hanya mengandungi vitamin dan karbohidrat. Tidak ada protein dan lemak seperti yang diperlukan oleh tubuh badan untuk menjalankan fungsinya setiap hari.

Komen Pakar : Menurut pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penurunan berat badan yang sihat adalah 1 hingga 1.5 kg/minggu dengan pengurangan makanan sebanyak 500 kalori/hari. Dalam setiap penurunan berat badan, sebaik-baiknya kurangkan jumlah lemak di dalam badan. Pengambilan buah-buahan untuk menurunkan berat badan bukan hanya menyebabkan jumlah lemak di dalam tubuh menurun, tetapi juga kandungan protein otot dan jumlah cairan di dalam tubuh berkurang. Kehilangan air yang terlalu banyak dapat membahayakan ginjal. Bila berat badan kembali naik, kemungkinan lemak semakin meningkat. Sebenarnya tubuh kita mampu mendetoksifikasikan bahan-bahan beracun dan yang tidak diperlukan tubuh secara semulajadi. Proses detoksifikasi berlaku di hati. Jadi, pengambilan suplemen untuk detoksifikasi bukanlah satu keperluan.

Diet elak nasi.
Langsung tidak menyentuh nasi dan hanya sesekali makan roti atau mi, selebihnya makan sayur dan buah-buahan. Malah, makanan bergoreng, terus dielakkan. Minuman seperti kopi dan gula juga tiada di dalam menu seharian. Makan selepas jam 7 malam? Tidak sesekali!

Fakta: Makanan seperti nasi, roti dan mi semuanya mengandungi karbohidrat. Nasi yang berasal daripada beras merah sebenarnya lebih menyihatkan kerana ia bukan sahaja mengandungi karbohidrat tetapi juga kaya dengan protein dan serat.

Komen Pakar : Beras merah, kentang (dengan kulitnya), roti dari biji-bijian dan bijirin amat disarankan sebagai pengganti sumber karbohidrat. Karbohidrat yang mengandungi banyak serat dapat digunakan untuk mengendalikan kadar gula rendah, kadar lemak darah, dan juga berat badan. Jangan terus ‘bermusuh’ dengan nasi. Cara terbaik, kurangkan saja kuantitinya. Ikut pola pemakanan sihat mengikut piramid makanan Asia bermula seperti hasil beras, tepung dan bijiran, diikuti dengan sayur dan buah-buahan. Seterusnya protein haiwan dan tumbuhan seperti susu rendah lemak, daging tanpa lemak dan kekacang dan akhir sekali makanan yang paling sedikit diambil seperti lemak atau minyak dan gula.

Makan tiga sudu.
Berat badan mudah naik bagi sesetengah orang, jadi diet seperti ini sering diamalkan. Sayur-sayuran menjadi sahabat baik. Lauk kegemaraan seperti ikan atau dada ayam tanpa kulit. Biasanya, makan secara perlahan-lahan agar mudah rasa kenyang. Juga banyak minum air putih.

Fakta: Makan dengan perlahan memberi peluang kepada otak untuk mengirimkan signal sudah kenyang. Cara begini membantu menggelakkan anda daripada makan berlebihan.

Komen Pakar: Pola pemakanan yang sihat, lengkap dengan air, karbohidrat, protein, lemak dan serat. Namun, masih kurang pengambilan protein tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan sehingga kekurangan keperluan vitamin dan mineral. Cuba variasikan sumber protein dengan menambah pengambilan makanan seperti kekacang. Nutrien makanan harus seimbang kerana tubuh amat memerlukannya. Apatah lagi protein tumbuhan yang kaya dengan isoplavon sebagai antioksidan, fitestrogen sebagai sumber estrogen dari tumbuhan yang digunakan untuk meningkatkan kadar estrogen dalam tubuh dan fitesterol. Perhatikan juga cara memasak. Kurangkan menggoreng makanan. Makan tiga sudu sudah cukup kerana pengambilan sayur-sayuran sudah cukup banyak. Tambahan, sayur dan buah juga mengandungi karbohidrat yang tinggi serat.

Kelolaan: Khairun Nisa Ishak, Sumber : Majalah Mingguan wanita, Bil: 1286, 11-17 Julai 2008

Wednesday, October 28

Tips Ketika Berdiet

* Jangan terlalu mengurangkan pengambilan kalori kerana jika anda betul-betul lapar, anda akan makan berlebihan.

* Makanlah mengikut saranan daripada Piramid Makanan Malaysia. Banyakkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh. Jangan hindar terus sumber gula dan lemak kerana ini boleh meningkatkan keinginan anda untuk makan. Selain itu, tubuh badan anda juga memerlukan nutrien yang terdapat dalam lemak dan karbohidrat.

* Paling Penting: Lakukan senaman dengan konsisten. Mulakan dengan berjalan beberapa minit dan perlahan-lahan tingkatkan jangka masa senaman sehingga 45-60 minit sehari setiap hari. Jika anda belum pernah melakukan senaman, dapatkan nasihat daripada doktor anda terlebih dahulu.

* Dapatkan sokongan daripada keluarga, rakan-rakan dan kumpulan sokongan.

* Ingat : Penurunan berat badan yang sihat dan realistik memang mengambil masa. Kehilangan ½ kg seminggu mungkin tidak memotivasikan anda, tetapi jika terlalu cepat berat badan diturunkan, anda akan membuat diri anda lapar dan akhirnya anda akan makan lebih banyak.

Saturday, October 17

5 Panduan Ringkas Turunkan Berat Badan

1.Berjalan merupakan senaman ringan. Jadi ringankan kaki anda untuk berjalan lebih ke tempat kerja . Kenapa tempat kerja? Sebab kita ni seharian kat tempat kerja jadikan aktiviti ni sebagai permulaan. Park kereta jauh -jauh sikit supaya kalori cepat terbakar.

2.Sambil kita tonton tv lakukan senaman ringan seperti sit-up atau senaman yang lain. Kata orang sambil berhibur sambil menurunkan berat badan. Boleh buat menari pocho-pocho kalau nak .

3.Lebihkan minum air putih supaya lemak berlebih, tokson berlebih boleh keluardengan lebih banyak dan cepat. Air putih bantu sistem penghadaman atau pencernaan dengan lebih teratur.

4.Lebihkan makanan berserat supaya perut tak terasa cepat lapar sambil senangkan pembuangan air besar.

5.Jangan makan lewat malam sebab kalori tak dapat di bakar sebab bila dah makan selalunya mata dah mula mengantuk dan time tidur dah sampai.


selamat mencuba!!!

MAKAN & KEKAL LANGSING

Berdiet biarlah dengan cara yang betul. Jangan abaikan pengambilan pemakanan anda dalam usaha untuk langsing dan menurunkan berat badan. Ikuti cara-cara yang sihat untuk mengekalkan berat badan yang ideal di samping menjaga kesihatan dengan betul. Ikuti lagi beberapa lagi panduan untuk anda agar dapat menikmati makanan anda dengan betul walaupun anda masih dalam usaha berdiet.
  • AMBIL SNEK JAM 3PETANG SETIAP HARI
Kekosongan waktu di antara waktu makan tengahari dan makan malam sebenarnya perlu diisi dengan pengambilan snek yg betul. Maksud snek di sini bukanlah makanan ringan yang tidak berzat. Snek ini boleh juga mengandungi snek sihat yg membantu tubuh membakar tenaga dengan betul, tetapi pengambilan snek yg teratur juga dapat mengelakkan anda daripada menjadi terlalu lapar.

Keadaan ini seterusnya dapat membantu anda makan dalam kuantiti yang banyak di malam hari. Sebaliknya,anda di nasihatkan agar mengelakkan makanan seperti gula-gula dan coklat. Makanan seperti yogurt, epal , biskut, keju ataupun telur separuh masak amat digalakkan kerana ia dapat membekalkan tenaga berpanjangan pada tubuh badan.
  • MAKAN KULIT/BUAH SAYUR
Sering kali kita kupas kulit buah atau sayur2an seperti epal,pir,timun, kentang dan sebagainya. Antara sedar atau tidak, tindakan anda sebenarnya sudah membuang segala khasiat dan serat yang baik untuk tubuh anda. Tahukah anda bahawa khasiat buah dan sayur ini kebanyakkannya terkandung pada kulit berbanding dengan isinya? Jadi, mulakan rutin ini mulai hari ini. Untuk buah oren pula, jangan buang urat-urat putih sebaik sahaja anda mengupas kulitnya. Ini kerana urat2 putih inilah terletak kebaikkan serat yang diperlukan dan ia juga kaya dengan flavanoid.
  • AMBIL LEBIH BANYAK BUAH WARNA MERAH
Ingat lagi dengan khasiat lycopene? Khasiat ni banyak terdapat di dalam buah-buahan atau sayuran yang berwarna merah. Ia amat berguna dan membantu melawan sel kanser. Itulah sebabnya mengapa makanan yang berwarna merah itu lebih baik. Anda boleh pilih buah-buahan seperti tembikai, jambu batu, epal dan sebagainya.
  • BUANG LEMAK DARI DAGING

Mudah saja untuk anda membuangnya. Sebaik saja anda siap memanggang daging, letakkan daging di dalam penapis dan bilas dengan air panas (bukannya air mendidih). Air ini akan menyingkirkan lebihan lemak dan kolestrol. Bahkan ia juga membuang 50 peratus kandungan lemak dalam daging.

  • BROKOLI MENYIHATKAN
Setiap kali anda makan brokoli , cuba letakkan sedikit majerin, minyak zaitun dan sos keju di dalamnya. Inilah sebenarnya makanan yg sering disarankan oleh pakar pemakanan. Brokoli yg kaya dengan sumber beta karoten sebenarnya juga membantu melarutkan lemak. Ia akan membawa molekul lemak melalui dinding intestinal.

  • AMBIL PENCUCI MULUT
Pencuci mulut seperti biskut dan juga aiskrim rendah lemak memberikan signal pada otak anda bahawa makanan utama anda sudah habis. Jadi secara otomatik anda sudah berasa puas makan dengan hidangan sebelumnya. Kesannya, anda tidak akan tercari-cari lagi makanan di dalam dapur sepanjang mlm untuk memenuhi keperluan gula di dalam badan anda.

  • SEMANGKUK BIJIRIN KERING SEBELUM TIDUR

Mengambil snek berkaborhidrat lemak dan sedikit kalori 30minit sebelum tidur akan membantu anda lebih mudah mengantuk. Begitulah menurut Judith Wurtman. Ini kerana bijirin merupakan sumber terbaik untuk memenuhi keperluan serat anda.

info dari : Mingguan Wanita

Saturday, October 3

OSK Green Tea


hehehe..before ni aku ade citer kebaikkan green tea dlm info diet rite..tp terbaca forum ttg green tea... so ramai yg kate green tea nie bagus.. harga die x mahal rsnye..aku pun x beli lg...nanti udah beli or udah jumpa aku citer n war2kan yew.. ade yg guna green tea ni kate melancarkan metabolisme kite dah juga pembuangan kita..selain tu melembutkan skin kite..wah sgt teruja membca komen2 org yg dah menggunakannya..ni yg makin semangat nak dapatkannye..

hah yg tengah ber SIY tu.. rs2 nak melancarkan metabolisme dalam bdn leh juga minum green tea nie...selalunye aku minum green tea TEH BOH punyer..ingat mau cuba ini plak..harga die dlm RM15++ ada 20 uncang kot x silap aku....ingat mau try carik kat carefour ke..giant ke kat area umh nie....yeehaaa...

Sunday, August 9

Green Tea? Apa kebaikkannya...

Kebaikan Istimewa Green Tea


  • Mengurangkan tekanan darah tinggi. Green Tea rencat angiotensin II yang boleh meningkatkan tekanan darah.
  • Mengurangkan aras gula darah. GreenTea Polyphenols dan polysaccharides dalam Green Tea dengan berkesan menurunkan aras gula dalam darah.
  • Melawan Barah. Banyak kajian saintifik telah menunjukkan yang catechins Green Tea berkesan menghalang barah.
  • Menguatkan system imun. Kerana ia mengandungi polyphenols dan flavenoids pada kepekatan yang tinggi.
  • Menurunkan Aras Kolestrol. Antioksidan dalam Green Tea telah dibuktikan menurunkan Kolestrol.
  • Galak Pembakaran Lemak

Green tea bukan sahaja galak kehilangan lemak tetapi khususnya kehilangan lemak di vescera iaitu lemak yang terkumpul di tisu yang menyelaputi kaviti obdomen dan usus (Viscera) dan organ dalaman.

Tidak seperti lemak deposit di punggung dan paha (yang menghasilkan bentuk badan buah ‘pear’), lemak viscera (menghasilkan bentuk badan buah ‘epal’) dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolic dan diabetis jenis 2. Terdapat 3 komponen utama dalam Green tea yang menggalakkan kehilangan lemak iaitu catechins, caffeine dan theanine. Green Tea menggalak kehilangan lemak dengan cara merencat gastric dan pancreatic lipace.

Sehingga hari ini, kesan samping yang dilaporkan berlaku ialah sukar tidur kerana terdapat caffeine dalam Green Tea. Namun begitu kandungan caffeine dalam Green Tea amat sedikit berbanding kopi.

Wednesday, August 5

Kebaikan Air Suam

AIR PUTIH BERSIHKAN SALURAN MAKANAN!!

Air putih sangat diperlukan kerana ia membantu pembentukan cairan kimia yang diperlukan oleh tubuh. Selain itu, air putih juga membersihkan saluran makanan dari kotoran makanan yang tersisa. Tanpa air yang cukup, ginjal sukar bekerja dan akan menghasilkan urin yang berwarna pekat!

Hal ini boleh mengakibatkan infeksi saluran air kencing dan kencing batu. Menurut Dr. Jennifer Brett, seorang pakar pengubatan alternatif tanpa ubat-ubatan dari Stratford and Stamford CT, kurangnya air telah mengakibatkan gangguan penyakit pada pesakitnya seperti sukar membuang air besar, kulit kering, gatal, jerawat, infeksi saluran kencing, batuk kering dan berkahak, bersin, sinusitis dan sakit kepala.

Bagi para diet, air putih sangat membantu dalam metabolisme makanan. air putih membantu terbentuknya cairan kimia tubuh yang digunakan dalam metabolisme makanan yang masuk. Dengan meminimumkan 2 gelas air putih sebelum makan, akan menurunkan nafsu makan yang tinggi.

Jadi, amalkanlah meminum air putih untuk kesihatan dan untuk MELANGSINGKAN TUBUH BADAN ANDA!!
dipetik dari kelab diet oleh diet5